Friday, December 30, 2011

Tips kempis kan perut buncit cara paling mudah & murah

Nak buncit senang tapi nak kempis susah, tu lah masalah paling susah nak control. Mana tak nya asyik makan makan makan. Mulut tahu makan je tapi perut tak reti nak exercise sendiri tuan pulak malas asyik salahkan perut memanjang tu yang buncit tak kempis tu.



Ni ella nak kasi tips yang memang paling mudah dan senang untuk kempiskan perut. Cumanya korang kena rajin je. Kos pun murah tak payah nak pergi xxxx world ataupun xxxx world seksa poket tahu, silap gaya pokai hujung bulan hehehe. Tapi kalau yang mampu boleh lah pergi semua yang world world tu yang nak bajet rendah boleh cuba tips ni.


Caranya macam ni, korang cuma perlu beli apa-apa krim/lotion/minyak yang panas contohnya lotion mustajab extrahot ataupun apa2 yang korang suka janji ia panas dan korang selesa dengan baunya. Yelah setengah orang tak boleh krim A sebab busuk jadi  beli krim B. Tu tak jadi masalah jangan korang pergi ambik minyak masak panaskan sudah. Tu adik tak jamin ye kak :p 



Kenapa mesti yang panas? Sebab krim/minyak yang panas mampu menolong membakar lemak kita dalam diam. Mungkin cara ni lambat tapi berkesan hokeh. Nak yang murah tapi zaaas terus kempis memang wa luku kepala lu mau hahahaha.



Ok Ok sambung tips. Lepas dah beli minyak/krim/lotion panas kegemaran anda, setiap malam sesudah mandi dan ready nak tidur, kiranya korang dah baring atas katil nak tutup mata dah ni haaaaa masa tu korang sapu minyak/lotion/krim yang korang beli tadi kat perut. Sapu banyak siket kasi terasa hangat panas gitu. Korang sapu tiap malam InsyaAllah dengan izinNya perut korang beransur kempis dan tak buncit lagi. Selain tu perut korang pun akan rasa lega tak ada senak if makan terlampau banyak. Sambil tu krim tu membantu membuang angin dalam badan juga. 



Ella selalu amalkan sapu minyak tiap malam, bukan takat perut je ella sapu sampai ke tapak kaki pun ella sapu hehehe hover tak tapi berkesan untuk ella tidur lena sampai pagi. Alhamdulillah perut ella susah nak buncit walaupun makan macam anak gajah hikhikhik. 


Ni salah satu minyak yang ella pakai tiap malam



Selamat mencuba korang! Jangan putus asa tau kita mencuba dan berusaha tapi semuanya ditentukan dengan keredhaan olehNya yang Maha Berkuasa :)

Wednesday, December 28, 2011

#WW one



Baru first time post wordless Wednesday so inilah gambarnya yang pertama. Air lupa nama kat nandos atas tu gula rasa sedap puan sry belanja okbai. 

Tuesday, December 27, 2011

Dua Ratus Sudah Tip Meningkatkan Follower Untuk Blog Picisan


Alhamdulillah belogella dah ada follower yang ke 201. Tenkiu untuk korang yang sudi mengfollow belogella cap pokpetpokpet ni. Tapi itulah nak mencapai angka ratus ni sangat susah :( tak macam orang lain kejap je boleh naik ribu riban tapi ella susah sangat makan tahun baru boleh capai ratus. Sedihkan wuwuwuw tapi ella tak kisah *dalam hati kisah sebenarnya* sebabnya ella akan tetap terus menulis sharing apa2 info, bercerita  kat korang apa yang ella buat, aktiviti atau apa2 je tips. Sebab ella kan suka pokpetpokpet walaupun kadang malu macam kucing hidung kemek tapi pokpetpokpet tatap tak boleh tinggan. Keturunan suka bercakap ginilah, orang layan ke tak layan ke tetap mulut pokpetpokpet. Sabor je lah yer yang mendengar kihkihkih.


Ni adalah ella share sikit tips nak naikkan follower walaupun ella sendiri tak berapa nak ramai follower tapi kan berkongsi ilmu besar pahalanya. :)


# Rajinkan diri join apa2 SEGMEN yang blogger lain buat *sendiri pun malas kadang-kadang sebab tu follower siket, pang pipi sendiri* tak kisah segmen apa yang diorang buat janji join redah aje.


# Bawak bawaklah rajinkan diri blogwalking. Cara senang tinggalkan jejak korang kat shoutmix diorang tu kalo adalah kalau takda rajinkan tangan pergi komen kat entry diorang. Jangan malas tahu :p If diorang tinggalkan Hai kat blog korang pergilah jejak diorang balik. Macam ella buat if orang Hai kat shoutmix ella, nanti ella pergi blog diorang ella follow terus pastu tinggalkan jejak jugak. Kalau orang tu baik hati dia follow lah korang balik.


# If ada bajet lebih, bolehlah korang buat GiveAway kat blog, InsyaAllah ramai lah nanti yang akan join dan follow. Tak payah buat GA yang payah nanti orang malas nak join. Buat GA yang simple je cukup tapi menarik perhatian kan ke lagi afdal macam tu. :) *teringin nak buat GA*


# Last sekali tawakal dan terima je lah seadanya apa yang blog korang ada setakat ni. Mungkin masa korang belum sampai untuk blog korang booom kebabooom. Yang penting ikhlas dalam berkongsi cerita yang korang tulis kat blog. Prinsip yang ella pegang senang je "Berkongsi setiap cerita dengan sepenuh hati dan perasaan bukan dengan otak semata" InsyaAllah masa akan tiba untuk kita jika itu sudah tertulis rezeki kita. peace!




Monday, December 26, 2011

DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS

Okeh korang dah tau kenapa iPhone4s ni 4sure 4me kan? me tu korang baca as ella bukan korang hikhikhik. Eh tak tahu lagi meh baca SINI, pastu kenapa pilih mobile plan tu? haaa jawapannya kat SINI dah tu apa yang first thing akan buat bila dalam tangan genggam 4s baca SINI haaaaa hambek complete reason hokey takda sapa boleh lawan :p Ni semua penangan DiGi dan Nuffnang sanggup ku kerah otak supaya bercabang seploh kihkihkih semangat nak menang. Semangat tu penting menang kalah lain kira janji cuba dulu kalo dah rezeki syukran.




Why Siri and DiGi are your best companions? tak paham sila google translate!




Jangan ingat yang berketul tu abang yang gedempol tu adik. Walaupun satu panjang satu pendek but they need each other. Macam mana nak guna Siri kalau DiGi tak ada? Jangan kata nak guna wifi pon boleh, kalau duduk disempadan Malaysia yang kabel wifi selalu kena curi tak ke memerlukan Yellow man untuk sentiasa bersama mu. Si berketul memimpin si gedempol untuk memberikan penguasaan meluas untuk yellow team di Seluruh Malaysia *yellow team clap clap* dengan mobile plan yang very affordable dari DiGi anda boleh berSiri 24 x 7. Dalam kelas pun boleh sambung gosip :p 




Dan untuk berSiri dengan jayanya walau di ceruk mana anda berada haruslah berkawan baik dengan DiGi yang menawarkan unlimited internet. Kalau tak ada DiGi macam mana nak sambung cerita gossip sambil berface time :) 


So apaguna Siri? Bila masa nak guna? best ke Siri?


Macam macam soalan tapi jawapan dari Siri mudah aje "Your Wish is My Command". Haaaa apa lagi korang mau. Tanya apa saja pada Siri 4sure Siri jawab dengan hati terbuka hehehe.  


Bila masa nak guna Siri? Bila-bila masa pun boleh. Tengah basuh pinggan kat dapur, tengah bawak kereta, dalam train sesak pendek kata anytime when you call siri. Siri will answer you. Katakanlah dalam train sesak pukul 5 petang tetiba eh eh eh lupa malam ni ada dinner so nak kena urgently call your mom untuk inform yang korang balik lambat tapi nak seluk poket ambil hand phone orang berhimpit-himpit silap gaya korang tuduh nak pick pocket wuiii bahaya soooo Siri jalankan tugas anda! Kan mudah kerja, tak payah nak susah susah raba poket time orang berhimpit boleh menjaga keselamatan harta benda dan harga diri. Ok tu extra tips dari Siri :)



Siri dan DiGi sahabat sejati saya? YES YES YES. Tiga kali YES cukup untuk menunjukkan yang iDiGi affordable plan kamching dengan gossip life antara ibu anak yang jauh dimata dan yang tersayang. Kan iPhone4s tu Sentiasa, Selamanya, Selalu, berSamamu.



DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Apa yang orang duk sibuk pokpetpokpet sekarang eh? soalan mak untuk anaknya yang gila gadjet.

Bukan pasal weeding Lisa Surihani dengan Yusry Kru tu lah dokpun(takpun) pasal duit baru tahun depan tapi pasal iPhone4s dari DiGi tahu dok(tahu tak)? soalan anak gila gadjet kepada emak yang gila kerja pakai henfon cap ayam.

Dok tahu pon, cu story skek nape benda tu (cuba cerita sikit apa benda tu)? soalan berupa request dari emak kepada anak.

Meh sini nok crita (mari sini nak cerita)... jawab anak kepada emak..

Kenapa DiGi iPhone 4SURE 4 ME?? Jawapannya senang saja.




Pertama, sebab si anak duduk jauh di Kuala Lumpur dan si emak duduk jauh di sempadan Malaysia dek kerana tuntutan gila kerja,  gila tak gila gosip tetap gosip.

Kedua, oleh kerana dua-dua berjauhan tapi sehari kalau tak bergosip memang tak sah, nak jugak dengar suara walaupun hanya hello, mak bizi nanti gosip.. tuuttt tuuttt talian putus :)

Ketiga, oleh kerana si anak dan si emak berjauhan jadinya bergosip hanya ikut panggilan suara tak ada feel, kan lebih baik ada iPhone4s yang boleh berface time jadi sesi gosip ibu anak lebih meriah terasa macam bercakap sebelah menyebelah kongsi satu bantal atas katil sambil makan kerepek walaupun hakikatnya sorang di selatan sorang di timur. Tak ke anda rasa macam sentiasa ada ibu dimana anda berada. Macam orang kuning i will follow you tuuu.

Keempat, memang iPhone4s dicipta untuk mengeratkan hubungan yang jauh menjadi dekat sebab tu jadinya nama iPhone4s, 's' tu means Sentiasa, Selamanya, Selalu, berSamamu *eeeewah pepandai je ella hek*


Kalau ada iPhone4s saja tak guna kalau tak ada mobile plan macam mana nak bergossip sambil berface time ataupun ber iMessage, jadi mestilah nak kena signup mobile plan baru lah sesi lebih hangat. Apalagi yang lebih menguntungkan selain tawaran dari si gemok orang kuning yang selalu duk ngikut kemana saja korang pergi untuk bergosip nak kasi line clear full bar connection supaya tak terputus putus bila bergosip which is i LIKE!


Jadinya kalau menang sebijik iPhone4s dari DiGi angan-angan gossip sambil berface time memang jadi kenyataan buat si anak gila gadjet dan si emak yang berhenfon cap ayam. Confirm tiap malam nak tidur wajib face time pastu tertidur sambil tengok muka mak biarpun dah unur doplohtiga tahun hikhik.




naaah tu the main reason why DiGi iPhone 4SURE 4 ME simple padat tepat. Cukup tak payah banyak janji sesi gosip dengan beloved mom on setiap hari walaupun berjauhan dimata tapi dekat diface time hanya with DiGi iPhone4s Sentiasa, Selamanya, Selalu, berSamamu :)





Subway Kalendar 2012



Melt honey oat all veggie rance sweet onion chili & thousand island *taktau betul tak eja :p* 


Tu subway feveret ella sepanjang masa, tiap kali pergi mesti nak yang tu jer kecuali angin kuskus datang nak merasa yang lain. Ni tahun kedua ella dengan gigihnya memberli subway cukup rm30 setiap hujung tahun semata nak kalendar dia sebab kat bawah kalendar tu diorang kasi kupon sunway tiap bulan jadi harus ku rembat nak jimat niat suci disitu kahkahkah



Masa ella beli ni sebelum balik haritu pepagi buta pergi subway sebelum kejar flite. Ella guna yang December 2011 punya kupon buy 1 free 1 pastu minta si cashier tu kirakan apa lagi boleh ditambah nak kasi cukup rm30. Banyak sangat choice last sekali senang beli Italian BMT satu cookies 3 keping dengan free Club satu ngam rm30.75. Habis cerita angkut balik kalendar 2012. Korang nak jugak sila pergi redah Subway sekarang :)

Sunday, December 25, 2011

Telan air liur glup glup bunyi


Tell me why why why kat sempadan golok ni takda Secret Recipe. 
Sedapnya NewYork cheese cake.
Terliurnya.
ok dah bye!

Friday, December 23, 2011

Mutiara Sabah bah


Tak tahu nak tulis apa jadi sajer je gedik show off gelang mutiara dari sabah yang ella dapat aritu. Baru je keluar dari arrival hall terus dapat orang first lagi tuu bangga mak noks! Sape yang kasi?? Tunggu lah InsyaAllah tahun tahun depan baru ella bagitau *malu* hiks!

Thursday, December 22, 2011

Jangan dicuba udang petai

Haritu ella teringin gila makan udang masak petai siap pergi pasar chow kit cari petai. Redah Tesco dengan Jusco takda tu yang pergi chow kit tu. Jalan kaki dari rumah dengan panas berpeluh basah ketiak semata cari petai. Bajet malas nak cari yang dah siap perisi tak payah bergetah tangan sekali hoiiii yang dah perisi lima hengget ko tau dah lah secoet je. Makan pun tak puas.


Dah harganya pon lima hengget tak hingin nak membeli yang siap perisi, ambik yang belum perisi tapi harganya mencekik jugak ko tahu. 3 papan tiga hengget. Gila! Tu yang segar yang kureng segar 3 papan dua hengget tapi memang kecut berut lah gayanya makan takda bunyi kruk kruk. Tensen betul semua nak mahal je harga tak boleh nak murah kalau banyak tu takpe jugak ni siket je kot tapi mencekik. Dalam pada tensen marah beli jugak sebab dah basah ketiak mintak tawar tak dapat kalo tak beli kang teringin makan lagi susah.


Balik rumah laju laju masak sebab tak tahan bau petai, tengah masak tu pun tak tahu lah berapa kali duk merasa sampai tak tahu rasa dah jadinya hahahaha. Dalam pinggan haruslah petai lebih dari udang kata teringin petai haaa hambik udang wa tak pandang petai dulu wa mentekedarah. Dah tu lawan pulak dengan air rootbeer anw agak agak ape yang jadi, rasanya memang lah mengancam.


Duduk seploh minit lepas basuh pinggan terus tak boleh angkat kepala ko tahu. Tengok tv macam tengok wayang 3d tak pakai spek khas. Berputar pinar mata memang kepeningan yang hamat. Tu pun bantai nak makan panadol lagi tapi seb baik sedar diri kalo tak memang cek in HKL belakang rumah lah jawabnya. Bila dah kepala hotak segar baru sedar yang sebenarnya if makan petai JANGAN MINUM AIR BERGAS kalo tak gasaklah ko berpinar bijik mata pening. Sebabnya petai tu kan angin dan bergas ko gi lawan pulak dengan air gas memang masyuk lah. Lepas ni kena beringat yer korang JANGAN tau tapi kalo nak try rasa high petai macam mana sila try. 


Tu gambar masak sendiri okeh bukan gambar google 

Wednesday, December 21, 2011

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST



Korang kalau dapat iPhone 4s yang orang duk sibuk pokpetpokpet sekarang ni apa yang korang akan buat dulu? okeh malas dengar jawapan korang muahahahah :p



Kalau ella dapat in hand iPhone 4s ni tau apa yang ella nak buat dulu? Ella nak cari setting takpun applications pastu nak cuba tukar SIRI yang paham bahasa omputih je tu kepada bahasa terengganu *berangan* nak buat macam mana lidah pekat dialek terengganu harus lah henpon mesti paham bahasa terengganu. Kata smart phone mestilah jadi smart macam tuannya jugak walaupun dalam mimpi je nak tukar bahasa yang SIRI tu paham kehkehkeh.





Tapi dah sah sah angan pertama tu takkan berjaya punya jadi angan-angan kedua yang pasti berjaya hanya dengan DiGi iPhone 4Sure boleh adalah ella nak bercakap bahasa terengganu dengan si smart SIRI pastu kita tengok apa dia reply. Mesti boleh buat ella gelak guling guling macam iklan DiGi orang kuning versi hindustand golek golek kat taman klcc. Bukan saja tu tapi SIRI ni memudahkan kerja. Dalam kelas lepas ni tak payah lah ella duk bimbang kalau nak reply message urgent ella cuma cakap dengan SIRI pastu SIRI tolong tuliskan pastu send. Tak ke sangat memudahkan. Tu lah benda first sekaliiiiiii yang ella akan buat dengan DiGi iPhone 4SURE  I DO 1ST godek godek SIRI sepuas hati.



Sebenarnyakan korang sedar tak yang SIRI ni sebenarnya boleh mengeratkan hubungan korang dengan orang tersayang. Kenapa ella cakap macam tu? macam ni korang bayangkan eh one day tu korang dah tak tahu nak buat apa dah boring melepak, tengok movie pergi makan makan, semua tu dah bosan buat korang nak buat benda baru. Tapi benda baru tu korang tak tahu apadia. Tapi kalau korang ada iPhone 4s ni korang boleh play around SIRI dengan pasangan anda. 


Mula mula si girlfriend cakap kat SIRI "Say Hello B Busuk"


Tengok apa SIRI reply. Mesti SIRI reply ntah apa-apa sebab SIRI kan tak paham lidah melayu.


Pastu si boyfriend pulak cakap kat SIRI "I LOVE U"




Kali ni mesti SIRI paham sebab lidah omputeh. Dengar apa SIRI reply mesti korang berdua gelak terkekeh kekeh. Tak ke merapatkan hubungan tu. Bukan saje smart untuk iPhone tapi juga smart untuk relationship. Memang iPhone 4Sure semua boleh lah dengan DiGi

Tuesday, December 20, 2011

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE

'Sorry your phone line has been barred, please contact your service provider or visit our branch to make the payment. Thank you'



Okay.. 


Okay..


Kena bar lagi phewww terima kasih lah tolong bagi tahu *cakap dalam hati kat diri sendiri pang padan muka!*


Boleh kata dalam setahun adalah empat lima kali kena macam tu, dasar tak berapa nak sedar diri tu student tapi gatal nak pakai bil jadi ambik kau terimalah kalau line kena barred sebab duit dalam purse cukup nak buat makan kalau bayar bil maggi pun belum tentu kau mampu makan nak tunggu hujung bulan hahahaha.


Orang pakai bil ko pun sibuk nak pakai bil pastu gelabah bila closing date lambat lagi tapi bil dah 80% nak capai kredit limit. Bila lambat pergi kelas nak mintak member tolong cover mulalah pinjam henpon housemate nak message sekeping padahal sendiri pakai henfon mahal tapi bil kena potong malu wuiii malu.


Ginilah padahnya bila signup mobile plan yang diri sendiri tak affordable nak bayar. Kadang mampu kejar settle semua bil kadang tunggu lah elaun masuk bayar dulu siket kasi line up pastu berjimat habisan nak call lecturer pun sayang kredit rela tunggu berjam luar bilik nak tanya pasal assignment.



Tak settle lagi pasal bil dengan henfon cikai gatal pulak tangan nak angkat iPhone 4s tapi kali ni memang nak kena rancang betul betul mobile plan yang nak kena ambil. Yelah apa guna kalau pakai smart phone tapi tak ambil mobile data plan macam makan telur separuh masak tak letak kicap dengan lada sulah rasa semacam kembang tekak. Jadinya setelah survey baaaaaik punya compare setiap mobile plan dengan semua telco yang ada kat Malaysia akhirnya ku temui cinta hati mobile plan yang cocok dengan henfonku iaitu tadaaaaaaaa DiGi mobile plan is the best!




Ella nak pilih plan ni iDiGi 88 sebabnya yang sebelum ini punya plan monthly agak mencekik tapi yang plan DiGi ni cuma RM55/month. Yang bestnya plan yang ella guna sebelum ni dengan telco yang lain sama je yang iDiGi 88 ni offer. Kira Voice call, sms, mms dengan data memang sebijik sama tapi with DiGi ella cuma perlu bayar half price compared dengan sebelum ni. 




Jadi lepas ni ella tak payahlah nak terima ucapan minta maaf yang tak diundang dari cik kak dalam telefon tu lagi sebab confirm plan DiGi ni mampu sesangat nak sign up. Sememangnya nak cakap kat korang yang  ‘DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE’. Tak sabarnya nak tunggu iPhone 4s sampai depan pintu =)





Nak tahu lagi plan yang DiGi offer boleh pergi tengok dekat link SINI <-- klik. Confirm korang tak rugi, lagi #Untungler adalah =D

Monday, December 19, 2011

(Interface) Muka Baru Twitter

Sekarang twitter dah ada interface baru wowowow kan aritu diorang duk cakap cakap yang ada update untuk smartphone tapi sebenarnya ada juga update untuk versi laptop. Tapi ella tak tau macam mana nak kasi korang dapat jugak update versi laptop ni sebab rasanya if korang update korang punya twitter kat smartphone dia akan automatik update kat korang punya versi laptop ni. 


Yang account ella ni pun 2 3 hari jugak baru update kat versi laptop. Terus terasa alahaiiii bertuahnya haku hakhak padahal twitter je pon. Tu pun nak kechoh. Biasalah benda baru update mengada lah siket nak tayang :p


So if korang ada smartphone sila update korang punya twitter pastu tweet dari smartphone korang tu dulu beberapa kali eh banyak kali pun buleh kang tu henpon korang :p pastu kalau rajin nak check pergi login twitter kat laptop korang pulak tengok bertukar tak interface. If tak bertukar lagi korang tunggu lah beberapa hari nanti bertukar lah tu kot. Kalau tak jugak ella pun tak boleh nak tolong mungkin boleh tanyakan help diorang. ngeeeee 


So ni lah interface twitter yang baru tu.

Login page yang baru

Ella rasalah lagi mudah guna yang baru ni nampak lebih kemas. Kalau yang lama tu nampak macam simple bebenor. Pastu nak baca timeline pun senang nak tengok gambar lagi senang klik je kat view photo terus dia bukak kat situ jugak tak payah nak pergi page lain. Tu bagi ella lah bagi korang mungkin lain. Citarasa masing masing :)


Ni rupa page baru lagi cun senang nak tengok

Sunday, December 18, 2011

Keputusannya Julai 2011


Petang semalam dalam pukul 3 lebih gitu tetiba terasa nak buka ecitie, korang yang tak tahu ecitie tu online application untuk budak UniKL. So capai laptop terus nak login sekali zzzzzzzzzzzz respond to long dah pelik dah tapi buat tak tahu yelah semua budak tau server ecitie tu bukan boleh orang access sekali harung ribu riban mesti nak jammm. Pastu buka wall budak dah kecoh result keluar terus mek gigih buka ecitie naik keras urat refresh. Adalah dalam setengah jam try baru boleh buka. Berdebar toksah cakap lah macam nak buang jantung gantung kat hanger bilik kasi sejuk sikit kena aircond. 



Cik sah ada duk terbongkang tidur tak heksited langsung nak tengok result anak. Biasalah penyakit keturunan kaki tidur tak boleh salahkan sesiapa kalau tidur tak cukup 12 jam. Dah boleh klik my result sekian hal pulak nak nungu loading macam tunggu kau kaunter nak refill air kat mekdi tapi takda orang layan. Macam mana rasa tunggu air dapat penuh cup macam tu lah jugak rasa tunggu ecitie tu loading. Kalau server tu boleh bercakap harus dimakinya semua yang tak sabar nak dilayan.



Bila dah boleh tengok result yang first sekali tengok Grade takutlah ada tersangkut C, Alhamdulillah setakat di UniKL ni takda lagi C syukur sangat pastu baru buka mata leluas tengok result lain. Yang best sekali result NetSec sebab prof cakap kalau nak dapat A mesti otak kena sama macam dia jadi siapa yang baca status semalam mesti paham kenapa. Yang tak paham duk diam diam hakhakhak.



Jadinya inilah result untuk semester 7 di UniKL. Alhamdulillah masih dalam perjalanan untuk satu lagi semester sebelum buat cik sah, cik maz dengan encik raz tersenyum lebar. Ada impian untuk digapai masa konvokesyen, semoga segalanya diizin dan dipermudahkan olehNya.




Untuk kawan kawan result korang amacam? Semoga bagus juga. Terima kasih untuk sepanjang satu semester korang membantu saya yang tak seberapa ni. Sem depan kita usaha sesama lagi.




To you i will always be with u!

Thursday, December 15, 2011

Elladin dating dengan Aladdin kat Sunway Lagoon

Jumaat aritu ella pergi tengok Aladdin the Musical kat Sunway Lagoon. First time katakan tengok kat sana haruslah jakun pukul 4 dah kat sana padahal startnya tulis kat tiket pukul 745pm padahal start pukul 8 lebih gitu dan boleh masuknya pukul 730pm.


Dek kerana terlalu teruja terawal haruslah melepak dulu kat jco layan jcopop dan iced chocolate dulu sampai muok. Tapi sekarang rasa nak makan donut lagi :(


Dalam pukul 740pm gitu terus pergi amphitheater ingatkan dekat lah rupanya nak kena naik trem bagai nak ke amphitheater tu. Jakun gila! Tahap excited naik trem tu memang meningkatkan adrenalin dalam darah nasib baik tak lompat pastu posing kat kepala trem tu kalau tak malu achik malu kalah budak umur 5 tahun. Yelah last sekali pergi sunway lagoon 4 tahun lepas kot. Lama gila. Masa tu tiket kira murah lagi sekarang tiket mencanak ko nak membayar. Takpelah kita tunggu Legoland siap lah. :p



|
|
|
|
\/


|
|
|
|
|
\/


|
|
|
|
|
\/




Okeh tamat entri ni ngeh ngeh ngeh. Achik malas nak taip panjang panjang noks. Tengok gambar je lah yer :p Yang pasti memang terhibur sepanjang muzikal ni buat korang sama menari menyanyi tak rugi nak pergi tengok sampai balik tu sakit tekak menjerit pastu rugi 3 hengget 80 sen sebab air mineral botol kecik dalam sunway 5 hengget sebotol ko tahu. Apapun tenkiu Sunway Lagoon sebab bawakan muzikal yang gempak ni. Lain kali bawak Cinderella takpun Snow white pulak okeh.



Till then xoxo!



Wednesday, December 14, 2011

Kuasa Allah swt


Semuanya kuasa Allah swt, kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan tunduk pada Kebesaran & Kekuasaan Dia Yang Maha Esa.


Kejadian gambar ella ambil ni pada hari Ahad 4 Disember 2011 pukul 5.49pm dari rumah ella tingkat 14.
Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Berkuasa Tuhan Sekalian Alam.


Pada hari tu rasanya banyak kejadian pokok tumbang diserata KL, hujan yang turun masyaAllah lebat sangat dengan anginnya lagi takut sangat. Ella hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat. Alhamdulillah masih lagi berpeluang untuk menatap alam fana ini.


Till then xoxo!

Tuesday, December 13, 2011

ByeBye Kuala Lumpur




AirAsia je kau tak mampu nak naik MAS walopon tiket AirAsia cuma murah 30 hengget je dari MAS hahahaha. Jadinya jumpa lagi Kuala Lumpur di tahun 2012. Bila sebut 2012 saya harus mencari hadiah terbaik buat the one and only adik perempuan kesayangan nun jauh oversea. *hakikatnya adik angkat* tapi tetap I love her forever! hugs!


Bye KL untuk 2011 nokhtah




Till then xoxo!

Monday, December 12, 2011

Aprons Not Attached Cupcake yummy

Masihkah kau ingat, entry CupCake ini?
Tak ingat eyh pergklik kat CupCake atas tu baca balik yer.
So pagi tu ella pergi ambil cupcake dari Aprons Not Attached kat rumah tuan punya company.
Pusing punya berpusing ahirnya jumpa walaupun adalah ala ala nak sesat, nak sesat lagi walaupun dah pakai maps. Nak buat macam mana yang tengok maps tu pening hahahahaha. GPS tak on kata kau.


Dengan riang gembira nak ambil cupcake je tapi nk jugak pakai kasut baru cantik, alaa kasut hitam dot dot tu yang INI padahal bukan pakai kat muka orang taknak tengok pun tapi biasa gatal kaki. kahkahkah. Bajet boleh jumpa tuan punya kedai tapi..... Sampai depan pagar terus ada seorang pempuan keluar ella laju takder stop cakap baru nak call akak ingatkan tuan punya kedai rupanya bibik hantarkan. Fadam muka dua kali tu lah nak bergaya tak bertempat sangat. Kahkahkah lagi. 


Dan ni lah rupa cupcake yang ella beli dari Milk A Deal tu sedap. Dikala update blog ni kepala dah berfikir nak beli cupcake lagi. Lapaq cupcake macam mana ni waaaaaaaaaa...


Enam rupa Enam rasa



Till then xoxo!


Sunday, December 11, 2011

Cincin ai besar nyah


Ni oversize ring yang tak berapa nak baru ella beli kat Forever 21 masa pergi berjalan dengan Puan Sry Syazwani aritu. Dia lah yang duk ajar ella pakai aksesori pelbagai rupa, katanya "kita kena beli ni ella kalau tak kesian kat depa jual takdaq orang nak p beli, dah lah muraih pastu takdaq orang nak mai beli meh kita pilih meh" yes sry dah jadi puan walopon umur kitaorang sama tapi perangai tak nak puan sangat hahahaha dan loghrat kedah dia tak tinggal pekat macam kuah mee udang penang nuu hah.

Dan bestnya oversize ring ni ella beli pada harga Lima Hengget (RM5). Kitaorang duk pilih sampai duduk bersila dalam kedai. Cantik sangat bila pakai dengan baju kurung. Nak pakai emas tak mampu nak beli pakai yang ni pon kita suweet lah. Nanti nak pergi cari warna merah dengan pink pulak lah.


Till then xoxo!


Saturday, December 10, 2011

Pheeeewit Amy Search!



Aritu masa duk layan twitter tetibe nampak kat timeline orang duk tweet abang Amy Search pasal game Liverpool *abang hokey* takkan nak panggil pakcik kot muda lagi Amy Search tu :p


Pastu ella duk terpikir yang Amy Search ni fan Liverpool juga ke? sebab tak pernah pulak tengok timeline dia pasal Liverpool ke pasal game Liverpool ke ape kan. Terus lah ella dengan bodoh senyoyong pergi tweet Amy Search. Takda niat langsung nak tunggu dia reply ke ape kira tweet saje suke, biasa artis popular ni susah nak reply apa kita tweet yelah artis kaaaaaan. Pas setengah jam ella bukak balik twitter sekali nampak Amy Search  reply okeh tweet ella. Amy Search tuuuu King Rockers tu reply terus tersenyum lebar.


Sekarang boleh buat kesimpulan yang artis original popular top star tak sombong nak reply tweet if diorang ada masa cuma artis aka retis je yang sombong terlebih tak reply apa yang kita tweet walopon baru sesaat dia tulis status kat twitter. Kalo sekarang blog popular pun dah susah nak reply tweet tak tahu lah kalo esok esok jadi artis blog confirm tak nampak orang dah sebab hidung kalah Pinocchio hiks! *mak merah aka kak red pon ada masa reply tweet kita tau, sayang kak red walopon tak pernah jumpa*


Till then xoxo!

Friday, December 9, 2011

Saya bangga jadi Orang Terengganu

Dengarnya cerita ni dah lama tapi macam biasa ella pending siket dan ni pun ella copy dari email kihkihkih orang lama gini lah cerita dah berkurun pun baru nak tahu.




Walau apa pun awak cakap saya tetap dengan bangganya nak bagitahu yang Saya Bangga Dilahirkan di Terengganu, Dibesarkan di Terengganu dan Fasih berbahasa Terengganu.


Ada satu cerita dulu masa mula2 masuk diploma (ella diploma dulu kat KL kira first time jauh dari terengganu) ella xpandai nak cakap kolumpor sangat jadi ella main aci redah cakap bahasa terengganu dalam kelas dengan lecturer dengan member2 pastu bila jumpa geng terengganu lagi lah rancak ella cakap bahasa terennganu sampai ada member ella yang bukan orang terengganu cakap kitaorang *cakap bahasa terengganu* duk kutuk diorang. hahahahahaha. Sejak dari hari tu bagi mengelakkan diorang salah paham ella pun slowly cakap bahasa kolumpo sampai lah sekarang. Dan sekarang bila ella dah fasih cakap kolumpo orang ingat ella betul2 orang kolumpo pulak dah, bila ella cakap ella orang terengganu diorang gelak tak percaya. cooooiiiii, tak percaya sangat buktinya senang je ella cakap laju2 bahasa terengganu baru nganga percaya. hahahaha


Siapa ntah cakap dekat saya yang Ustaz Azhar pun ada cakap yang Bahasa Terengganu ni salah satu bahasa paling unik selepas bahasa Arab. WalAllahhualam.

Tuesday, December 6, 2011

Buffered Earnings

Salam & Hi korang!




Today just nak share current buffered earnings kat belogella. Alhamdulillah aritu ella buka nuffnang tengok kat buffer ada 3 campaign. Syukur rezeki Allah swt berikan, walaupun tidak lah banyak tapi sekurangnya masih ada rezeki di belogella ni. 


Terima kasih korang sudi jenguk belogella yang tak nak seberapa ni. Mudahan nanti dapat pulak rezeki sponsor post dari nuffnang. Walaupun earning sekarang ni dah mampu nak cashout tapi takpelah dulu ella nak simpan dulu kat situ biar lama janji makin membukit nilainya. 


Mungkin tips ni berguna untuk korang if nak dapatkan buffered earnings, korang selalu update blog korang pastu rajinkan lah berjalan kat blog orang lain dan tinggalkan komen *walaupun diri sendiri tak menyempat nak buat* mungkin diorang akan balas kunjungan korang tu balik =D walau apapun rezeki masing2 telah ditentukan Yang Maha Esa namun tak salah untuk kita berusaha mungkin suatu hari nanti ada rezeki untuk kita.



Till then xoxo!


Saturday, December 3, 2011

Khasiat Tutti Frutti

Salam korang!
Saja upkan entri pasal makanan je arini nak kasi korang lapar je memanjang boleh geng dengan perot ella.


Dengar nama Tutti Frutti pon korang dah tau ape tu kan.
Untuk yang tak tahu Tutti Frutti ni sebenarnya Frozen Yogurt atau ringkas orang sebut FroYo, ada banyak perisa dan korang boleh tambah buah or decoration yang korang nak then akan ditimbang ikut berat. Kalau tak silap ella 100g adalah Rm 5.30 *kalo salah sila komen*.


Nak tahu detail lagi? Nak baca history Tutti Frutti.



Dulu-dulu orang selalu makan yogurt je takda frozen ni tapi zaman beralih arus, makanan pun berubah wajah maka keluarlah Tutti Frutti. Soalan cepumas lah korang tau tak yang yogurt tu berkhasiat? mesti ada yang jawab tahu dan ada yang jawab tak tahu kan. Yang tak tahu tu mesti tau makan telan je asal sedap sebat tak fikir dah berkhasiat atau tak.


Meh sini rapat ella nak kasi tahu khasiat FroYo ni, senang cerita khasiat Tutti Frutti.  



Banyak kan? jadi lepas ni boleh lah makan Tutti Frutti tiap hari *kalo ella makan tiap hari poket rabak*
tapi dalam pada makan tu beringat juga yang mungkin kita akan diuji oleh Yang Maha Esa, tabah atau tidak kita hadapi ujian dariNya hanya kita yang tentukan. Makan pon makan jugak senaman itu penting kan ke mencegah lebih baik dari mengubati :)


Jagalah Kesihatan Anda!


nom nom nom



#Kredit wall info dari Tutti Frutti Axis Pandan Indah

Snowflake Taiwanese Dessert Secret

Korang pernah makan tak?
Tak pernah?
Booooooooooooooooo hahahaha padahal ella pun first time makan.



Tu pun puas duk gi mari gi mari depan kedai dia baru berani nak pergi order, kata first time haruslah tak tahu nak order yang mana satu. Banyak sangat pilihannya. 



Mula2 musyik jugak halal ke tak ni, tapi bila tengok ramai yang Islam bertudung makan terus yakin InsyaAllah Halal. Nak ordernya senang je *bajet terror* korang pergi je kedai Snowflake ni yang ella tau ada kat Pavillion dengan MidValley pastu pilih nak yang mana satu samaada nak panas ataupun sejuk then bayar.



Pastu nanti lepas bayar ambik resit dengan si alien bulat merah yang macam dalam gambor bawah ni.



alien moden



Pegang lah korang sampai si alien ni bernyala-nyala dan bergegar. Kalau dah macam nak terbang dengan lampu kelip siap gegar tu boleh lah korang pergi kaunter collection ambil apa yang korang order tadi. If tak gegar tak menyala sila tunggu jangan korang pergi menyibuk kat kaunter collection, mau kena maki dengan orang lain nanti karang. Pahem?


berkelip gegar sudah sampai kamera pon gegar



Bila dah collect snowflake yang korang order tu boleh lah korang melahap, tak cukup boleh tambah lagi, pergi beratur lagi, order lagi jangan memandai ingat refill free puloks sudah. :p


Jemput makan korang.


Lupe apa nama yang ella order ni *ampun*



Eh lupa rasanya macam air cikung bak kata orang tranung, bak kata orang KL macam air cincau tapi sedap. Yang oren tu adalah labu peringgi kenal tak labu peringgi? tak tau okey mat salleh panggil pumpkin dan yang putih tu ubi tapi wo pu chi tao ubi apa. Yang wa tau sedut masuk mulut telan masuk perot. 



Lagi sekeping gambar nak kasi korang terliur termimpi mimpi hikhikhik


sila telan lagi air liur anda

Friday, December 2, 2011

Redeem Cupcake beli melalui Milk A Deal


Tak sabar nak pergi pickup cupcake yang ella beli melalui Milk A Deal. Berbaloi baloi murah. Beli seploh hengget dapat 6 ketul cupcake mana nak cari kan. Terbayang bayang duk makan cupcake petang nanti.
Korang yang tak beli kan dah rugi. Lain kali ada deal beli dulu nak tak nak lain kira, kalau tak nak kasi kat sedara mara ke buat give away ke kasi ella pon okey jugak ella suka hehehe.




Thursday, December 1, 2011

Kacang Botok


Ella panggil ni kacang botok, korang panggil ni kacang ape? *telan air liur feeling tengah makan*

Wednesday, November 30, 2011

Tv half ko ada?

Okay ni cerita tv kat rumah sewa..
Sebenarnya boleh kira dengan jari tangan je berapa kali ella tengok tv sepanjang duduk rumah sewa tu pun takkan habis jari kalau kira.
Sebabnya ella lagi suka lepak dalam bilik, bukan ada apa pun dalam bilik tapi ntah rasa lagi nyaman dalam bilik.*sebenarnya suka pelok bantal sambil bergolek*




Story tv half ni gini, aritu ella duk sensorang kat rumah semua housemate xbalik KL lagi pastu dah taktau nak buat apa tetibe teringat eh umah ni ada tv kan? apakata tengok tv. Dengan penuh eksited angkut semua makanan letak depan tv ambik air sekali dengan dessert bajet nak layan tv malam tu walopon taktahu ape cerita yang ada.



Eksited tu macam ada anugerah juara lagu live ko tahu. Tup tup bukak tv tengok gambar macam ni

|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/




Perasaan masa tu macam makan sup rasa air pahit, siap tukar channel lain takot signal problem tapi tetap hareeeem tv tu yang  problem. Siap pergi ketuk2 pujuk tv mintak elok sebab nak tengok tetap jugak tv tu merajok.


Terus ella pun merajuk sama tutup terus tv makan sambil layan pemandangan klcc dgn kl tower sambil dengar orang kuliah kat masjid kampung baru. I hetchu tv i hetchu. Sampai ke arini tu last ella sentuh tv rumah sewa *ceaaa macam bercerai je gayanya :p* tapi dengar kata pakcik nak beli tv baru. hikhikhik sukaaaa sayang pakcik *macamlah dia peminat tegar tv*



pssst apa cerita tengah in sekarang kat tv? maklumlah nenek ketinggalan siket bab2 rancangan tv nih.

Kata kata


Baca ni dekat wall my friend terus macam yeah its true, tapi sometimes tak semua kita ingat sebab tu adanya kamu untuk mengingatkan :)

Wednesday, November 9, 2011

Zam Zam Alaaakazam ~ Aladdin The Musical



Siapa yang nak terbang bersama Elladin menaiki permaidani terbang diatas magical land of Askabar jom ke Sunway Lagoon, bermula 25 November 2011 ni sebabnya Aladdin menunggu kita disana. Yes Aladdin The Musical ada di Sunway Lagoon wehoooooooo!



Malam pembukaan muzikal keluaran West End Production ni akan berlangsung pada 25 November 2011 ini di Gala Premiere dengan dibawakan bersama special stage effects sinonim dengan Amphitheatre @ Sunway Lagoon.



Kejayaan Peter Pan The Musical and Magical Musicals sebelum ini membuatkan Sunway Lagoon tampil dengan satu lagi cerita lagenda ajaib terhebat iaitu Aladdin The Musical. Dari permaidani terbang sehingga kepada salji semua ini akan dibawakan untuk menyelami kehidupan Aladdin.



Siapa yang tak tahu cerita Aladdin memang tipu, cerita ni top dari dulu sampai lah ke sekarang siap ada Aladdin musim panas salji semua tapi still jalan ceritanya masih sama dan sesuai untuk semua golongan. Eh ada juga yang tak tahu ek ceritanya macam mana? Yelaaaa ella cerita, manja tau korang ni nasib baik ella rajin kalau tak takda makna ella nak cerita :p



Tersebutlah kisah pengembaraan ajaib seorang budak yang seperti tikus jalanan sehingga menjadi putera raja, Aladdin berlawan dengan Jafar pembantu Sultan yang jahat untuk memikat hati Puteri Jasmine. Dengan bantuan lampu ajaib dan jin "rapping" yang baik hati Aladdin berjaya melawan kuasa jahat. Haaa gitulah sedikit kisah Aladdin The Musical ni. Nak tau lebih lagi sila pergi beli tiket nanti kita deting.



Selain set mewah dibawa khas oleh West End Production di Amphitheatre @ Sunway Lagoon itu nanti, turut akan ditambahkan ialah a modern, musical twist untuk setiap play stage, integrasi muzik pop kotemporari dengan jalan cerita klasik Aladdin The Musical memang sesuai sangat untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.




Bukan tu saje tau, korang boleh juga bertentang mata tengok watak-watak yang terkenal. Ofkos lah Aladdin ada kan cerita dia ni, selain Aladdin ada juga Puteri Jasmine, Hamba Sultan, Jafar, Slave of the Ring dan yang pasti Jin lampu ajaib. Semua keenam watak tu akan dimainkan oleh bakat bakat terhebat dan terkenal dari London West End. Selain diorang berenam, mereka akan turut disertai oleh penari cast ensemble antarabangsa, fire eaters dan stilt-walkers.



Bak kata Chris Colby, Pengarah Aladdin The Musical ni

"Aladdin The Musical @ Sunway Lagoon has a lot of comedic elements which make for a wonderful year-end show for the entire family. Although the story is set in the fictional, ancient city of Askabar, the audience can be sure that they will stay entertained with a lively performance, filled with catchy music and great humour"



Lagi eksited David Kort, koreografer Aladdin The Musical pulak cakap yang korang tak akan pernah lihat koreografer yang seumpama ini kat Malaysia ataupun kat Sunway Lagoon sendiri. Lagi lah Elladin teruja nak menonton Aladdin The Musical ni.



Mesti dalam kepala korang ada macam macam soalan nak tanya Elladin kan, sebelum korang tanya Elladin dah ada jawapannya, tenkiu to jin Elladin yang baik yang tolong jawabkan semua soalan ni :p


Title: Aladdin The Musical
Tempat: Amphitheatre @ Sunway Lagoon
Tarikh: 25 November 2011 sehingga 2 Januari 2012
Tayangan:
~ Sekali sehari dari Ahad hingga Jumaat jam 8:00pm
~ Dua kali sehari pada hari Sabtu jam 7:15pm dan 9:15pm
~ Extra shows pada 25 December 2011 (Ahad) and 1 January 2012 (Ahad) jam 7:15pm & 9:15pm
~ Hari SELASA tak ada show yek

Harga tiket:
~ RM300, RM250, RM200 dan RM100 untuk orang dewasa
~ RM150, RM120, RM100, dan RM50 untuk kanak-kanak sehingga berusia 12 tahun.






Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Lagoon, korang boleh hubungi 603 5639 0000 ataupun layari www.sunwaylagoon.com ataupun pergi page Facebook diorang www.facebook.com/sunwaylagoonMsia ataupun Twitter www.twitter.com/sunwaylagoon1






Aladdin The Musical dibawakan khas oleh West End Production dan Sunway Lagoon Malaysia

Monday, October 31, 2011

Tidur kurang boleh mati?


Dalam paper ada tulis ni jadi bukan salah kami tau madam kalo kami datang lambat kelas sebab tak cukup tidur 6 jam :p


Fakta ella mesti tidur cukup 12 jam kalo tak pagi esok bertukar jadi rimau.. Hari mood baik adik manis, tidur 4 jam pun dah boleh senyum semanis kurma cuba try ari mood swing mau masam muka kalah cuka getah. Sape nak lawan tidur meh lah confirm ella menang janji ada selimut, bantal 3 biji dengan kipas :p