Monday, October 31, 2011

Tidur kurang boleh mati?


Dalam paper ada tulis ni jadi bukan salah kami tau madam kalo kami datang lambat kelas sebab tak cukup tidur 6 jam :p


Fakta ella mesti tidur cukup 12 jam kalo tak pagi esok bertukar jadi rimau.. Hari mood baik adik manis, tidur 4 jam pun dah boleh senyum semanis kurma cuba try ari mood swing mau masam muka kalah cuka getah. Sape nak lawan tidur meh lah confirm ella menang janji ada selimut, bantal 3 biji dengan kipas :p

Saturday, October 29, 2011

Pakat cakak tranung blake esok kang Piale Mesia (Piala Malaysia Terengganu vs Negeri Sembilan)

Hor hambik toh saper hok nok ngat cakak tranung meh sining blajor lu seroung, kalu dok paseh dok soh beng nok nangih selok ah, g betul lidoh lu pahtu meh blajor pulok.. Muroh je ea nok blajor sebab takdok cah se seng pong, anok branok adang kire free ar tutop mate sbeloh je :p

Esok kiter pakat cakak tranung blaker neh wi sokongan mentel ker sek sek bola kiter na na nannaaaaaa tranung kiteeer! 


Guaner Gamok = apa khabar
anguh letong = sangat hangus
air tuak = air nira
air chor = air basuhan bertakung dari dapur
bata golek = boaster/bantal peluk
boloq woq = serabut
bak = ayah
boyak = beritahu
bollok = penuh sesak
bahang = pukul
bapok gong = sangat besar
beghak nanang = sangat berat
bluahh = comot
beratah = banyak
bising bangor = sangat bising
busuk kohong = sangat busuk
ba-bay = degil
bewok = biawak
baruh = sawah
berahi = suka
bekeng = garang/bengis
bojjeng = gunting rambut/menyikat rambut
culah = degil
cong = tipu/bohong
cetong = tin susu
comel lote = comel yg amat
colok = mancis, gesek (Kelantan)
dokdang = tak sempat
doktong = suka merayau-rayau
dok = bukan
dudok cacang = berdiri
dok oh lalu = keterlaluan
dok rok meppeh = tak larat
dok tahu starang baroh = tak tahu lansung
dok dulli = tak hirau
decung = sangat laju
denir pey = sangat becak berlumpur
derohong = bunyi bising yang kuat
dek pong = sebabnya/kerananya
dinung = disana
dok seker = tanpa disangka
dhoket = tercacak
embeng = banyak
gege = bising
gong = sombong, tanah tinggi, gong
guling bating = jatuh bergolek
gelap guguk = gelap gelita
gogeh = bergoyang
gharik = maghrib
gohek = pandu
gustang = undur
getok = jambatan
ikang aye = ikan tongkol
ikang kerah ekor = ikan cencaru
igak = tangkap
jeretoh = tidur
jelira = menyerap/meresapi
jangok = berhias diri
jenuh = puas
jabir/supik/plastik ghok-ghak = plastic bag
joong = mendung/redup
lebong = tipu
kedarah = makan dgn pelahap (bahasa kasar ketika marah)
kelepek = curi e.g basikal aku kena kelepek
koman spanar = tidak berwibawa
kalu = jikalau
kupik = kedekut
Kekgi = sebentar lagi
Khabor = beritahu
katok = pukul
kohor-kohor = perlahan-lahan
kerah ketong = sangat keras
letihsang = sangat letih
lugar = perut kosong rasa sebu.
musing ligat = berpusing-pusing
musing ketang = tercari-cari merata-rata
manih leting = sangat manis
meceh = pemetik api
nakuk paik = penakut yg amat
noneng = bergayut
nusuk = sembunyi
neting = melompat
nyekik = menyampah
nyeh-nyeh = mengada-ngada
nisang = gula melaka
nebeng ngoh = ter over
nyaknyer = kesian
panas dering = hari tersangat panas
panahsang = panas yg teramat sangat
piyer = siapa
punoh jahnan = rosak
peteh = sekat kaki dgn kaki agar jatuh
pender = apa benda/apa hal
puahsang = boring
pelawok = tipu/bohong
pitih = wang
ranggoh = makan dgn pelahap (bahasa kasar)
rhobok = almari
saing = kawan
sokmo = banyak kali
senyak tupih = senyap sunyi
seriaw = seram
skodeng = mengendap
324. srupe tule/supatula = serupe je
sakning = baru kejap
susuk = sembunyi
samah = 50 sen e.g tiga amas, pat amah (RM1.50, RM2.00)
tembor = melarikan diri
tebheng = berusaha sunguh-sunguh
tohok = buang
tubik = keluar
tak emboh = tidak mahu
tang = pukul
tagor = baling
tibang = pukul
udoh sepang = hodoh
ubi steler = ubi keledek
ujang serek = hujan berhenti
woh ulu = bahulu


Leger wase lidoh buleh cakak tranung dalang belog kalu dok pulah cawah cakak kolupo..




*Kredit untuk NoorMasri untuk kebanyakan loghat yang disenaraikan

Friday, October 28, 2011

Kitty joom pergi jungle trekking!


Tiap kali sebut pasal pet mesti teringat kat my fatty cat "kitty"..
Kecomellan dia boleh buat semua orang geram nak pergi gomol gomol pastu usik hidung dia sebab dia sensitif tang hidung, tiap kali orang pegang hidung mesti nak merajok pastu lari sembunyi bawah kerusi.. Comel kan perangai macam tuan dia sebijik!


Selalu time holiday balik kampung wajib bawak kitty pergi round kat pantai, kasi angin sepoi sepoi bahasa tiup bulu dia. Bayangkan bawak kucing yang gedempol macam garfield pergi ambil angin pantai mesti orang teruja nak dukung jugak dia macam bayi paling cute. 


Korang kalo bawak pergi berjalan mesti senyum melebar kaaaan, harap kucing tak pandai senyum kalau pandai ramai lelaki nak jadi kucing jugak dah lah comey orang pelok pulak tu :p tu hakikat sebenar. Tapi fakta yang memang benar benar belaka my kitty sangat sangat sangat pemalas dan tak adventure tahu.. Nak turun tangga rumah pun sibuk meyelit tepi kaki orang nak mintak dukung bawak turun. Langsung tak mencabar tau walhal ko tu jantan kitty wei. Tak der sifat kejantanan langsung! Geram tau macam nak pergi selam je dalam kolam, tapi dalam geram tetap sayang hiks.


Ella duk terbayanglah kalau lah ada aktiviti jungle trekking dengan binatang peliharaan harus ella register kitty masuk nak kasi tough berketul2 siket muscle dia tak der lah gemok lemak je. Biar boleh selam si kitty masuk kolam pastu buat flying fox sambung terus lari 100 meter baru lah jantan siket si kitty tu nanti tak de lah lembik macam tuannya nih..Kalau lah ada kan aktivity dengan pets mesti seronok.. Kalau lah adaaaaaa...

mata sepet hidung penyet = tahap kemalasan terserlah







Saturday, October 22, 2011

Tips nak turunkan berat badan



Ella ada memekak kat twitter kasi tips nak turunkan berat badan, dan memang terbukti berkesan kat badan ella , InsyaAllah kat badan korang pun berkesan if korang disiplin nekad nak turunkan berat badan.

Tipsnya senang aje, macam yang ella tweet tu first korang kena cuba ELAKKAN atau dalam perkataan lain JANGAN makan AYAM. Tak kire ayam kehepsi ke ayam mekdi ke ayam dalam sup ke dalam ape ke tak kisah. Pendek kata yang bernama AYAM jangan makan. Kalo korang terliur sangat sangat ambik lah secubit ambik rasa ayam. Ada setengah orang cakap nak rasa tapi bedal doploh ketul *hiperbola disitu* memang ke kanan cepat naik lah penimbang korang tu. Pastu berair mata merajok dengan penimbang, cakap penimbang pentipu.


Tips kedua tahan napsu AIS. Kalau dulu balik rumah terus pergi dapur godek peti kot bernasib baik ada air fresh oreng dalam jag boleh terus teguk, tapi sekarang sila rajinkan tangan pergi tuang air masak/suam sambil jeling lalu tepi peti bajet peti tu adalah ex boyfriend korang yang sekarang berdeting dengan member baik korang. Bila ada manusia2 ajak lepak pulak sila buka menu bahagian hot drink, if member2 korang cakap "hek eleh nak diet lettew minum air panas" korang kasi sedas bazooka "memang nak diet pong sebab taknak perut boncit macam perot ko"  kelas jawapan kau maria hahahaha


Alhamdulillah berkat ella amalkan 2 tips kat atas sekarang ni berat ella tak lebih dari 49kg walopon hari2 ella makan nasi berlaukkan bukan ayam. Kalau dulu berat ella mesti nak 50kg++ tapi sekarang ai slim uolls *sambil posing cekak pinggang pusing kiri kanan*


 Pesanan penaja berat patplohnamkilo jangan dek kerana nak turunkan berat badan korang tak makan pulak, makan tu perlu untuk tumbersan yang sihat dan kuat cuma kontrol apa yang nak di makan je okeh!


Selamat berjaya :)

Monday, October 10, 2011

Pavillion & Real Steel first time

Semalam adalah first time parking kereta di pavillion dan hari semalam dalam sejarah telepon pavillion tanya kat mana parking paling dekat dengan GSC. Bukan sekali talipon tapi hempat kali talipon, siap eksplen saya first time nak parking dalam pavi nih hahahaha. Dan dalam jalan jeem yang tak hengat itu ella tawaf pavi semata2 cari parking yang tak berlabel Zon E tapi berlabel zon A. Tensen mencari sampai hampir2 nak pakai valet parking, tapi nasib baik iman kukuh kalau tak waselamat doploh hengget.



Gigih ella bertanyakan parking pavillion tu sebabnya ella nak pergi layan cerita REAL STEEL nih, best woooo. Korang yang memang aim nak pergi tengok sila pergi tengok minggu depan 13 oct 2011 tak silap tayangannya memang tak rugi beli tiket.



Real Steel ni cerita mengenai dush dush robot dengan robot, disebabkan kepuasan hati yang melampau dengan movie ni pop corn yang dibeli adalah makan tak habis, Ella duk "ralek" sangat tengok sampai lupe nak suap masuk mulut. Kesimpulannya movie ni BEST!

Dan aritu adalah ntah ke berapa kali jumpa kak ciklilyputih tapi masih tak berjaya nak berpose sama2. Next time memang nak kena tangkap cepat kak ciklilyputih nih. :p


Tenkiu ChurpChurp & TuneTalk! :)

Tuesday, October 4, 2011

Kerana Dunia.

Assalamualaikum!

Cerita harini berkisar "Kerana Dunia", baca dengan hati dan anda akan tahu perasaan itu.


Salam. Hai :D


Tajuk hari ini kerana dunia. Bukan ak nk berceramah utk tunjuk kata diri kecil ak nie layak masuk al-hijrah tv. hehehehhehe.Tapi ak nk bgtau sifat paling besar dalam dunia ini yg mampu membunuh apa2 hubungan pun sesama manusia. HASAD DENGKI. CEMBURU. Tahu x?



Ha ini yg kita nk bgtau ceritanya kalau nk tahu.


Biarlah kita ini lelaki mahupun perempuan. Lawa mahupun tidak. Banyak duit mahupun sengkek. Suka belanja mahupun saving. Keja mahupun belajar. Ada keta mahupun xada. Disponsor MARA mahupun tidak( Tq MARA :D ). Banyak handbag n kasut mahupun kurang. Apatah lagi kalau pandai mahupun bodoh. Orang sekeliling tetap pandang apa yg kita jadi dan apa yg kita ada. Nak2 orang yg paling rapat dengan kita. Dia akan lebih mudah utk mempertikaikan dan membandingkan dirinya dengan kita. xpercaya? p tanya sahabat anda "Nak ak blanja hang beli kasut?" dia akan jawab either "Hang ada duit ka(sebab dia tahu kita xada duit)" or "Hang ingat ak xdak duit ka awat hang nk tunjuk hg ada duit?(dia tahu kita ada banyak duit)".



Persoalan kat sini bukan apa dia kata pada kita tp apa pandangan dia pada kita. Kalau positive itu maknanya hubungan sesama kawan kita itu boleh bertolak ansur dan kurangnya pandangan negative pada kita. At least kita notice that ada jugak org nampak kebaikan kita kan? Tapi kalau yg negative itu anda perlu bersedia mental dan rohani utk menerima lagi banyak kutukan dari dia. Ini bukan pasal xboleh terima pandangan yg negative mengenai diri kita ataupun tidak. Ini pasal kejujuran dalam berkawan samaada kawan boleh terima kelebihan yg ada pada kita ataupun tidak? Manusia adalah sebaik-baik kejadian Allah. Kita ada 'sense' yang berupaya utk mentafsir apa yang orang katakan pada kita. Kalau baik, kita terima cara baik. Kalau tak baik, kita cari apa kelemahan kita.



Hakikatnya ak pernah dan sedang alami situasi ini. sebab itu aku boleh tulis panjang lebar macam nie :D . Dan sebab kawan aku mudah nampak yang negative dari aku. Sebab mcm ak cakap tadi. Ak dah terima banyak kutukan dan sindiran dari dia. And the purpose ak tulis ni sebab aku cuba nk elakkan dia dari mendesak aku utk bermasam muka dengan dia. Everyone has limits. Sekarang aku boleh bertolak ansur sebab aku membesar di tangan ibu bapa yang mengajar aku utk bangun berjalan waktu ak sedang merangkak dulu.



Nampak aku memang kasar, tapi aku ada hati juga sebab aku perempuan. Dan ada cerita mengenai aku pada surah ke-4 dan surah ke-65 di dalam Al-Quran Karim iaitu Surah An-Nisa' Al Kubra(An-Nisa) dan Surah An-Nisa As-Sughra(At-Talaq). Bacalah kalau nak faham apa itu perempuan; ibu, isteri, anak perempuan, kakak, adik perempuan, kawan perempuan.



" Everyone has limits. You just have to learn what your own limits are and deal with them accordingly. - by Ryan, Nolan."




p/s: ni cerita benar dari seorang rakan baik yang betul2 layak dipanggil sahabat ;) kredit tu you puan sry! xoxo

Monday, October 3, 2011

Bijak Pandai Help Me

Macam mana nak dapatkan muka puding caramel licin macam ni?
Selalu ella buat lepas kukus mesti permukaan atas dia berbintik2 berlekuk2 huduh tak comey macam gambar kat bawah ni.




Geram tengok permukaan atas licin jer takder lekuk2. Bila tengok yang sendiri buat tensen sebab huduh tapi sedap *nak jugak angkat bakul :p





Help meeeee if korang ada caranya.

Tenkiu korang! :)

Churper Out!

Baru buka belog churpchurp.com dan terbaca pulak entri ni
Best betul makanan kat Mek T, teringat kampung halaman, pastu pestime jumpa kak ceera & kak vp.
ChurpChurp nanti kalo ada churp out nak joiin lagi buleh? hiks!