Wednesday, November 11, 2015

Sehingga Kini

Assalamualaikum! 


Lamanyaaa tak update blog walopon sebenarnya buka je blog orang lain baca review itu ini tapi nak buka blog sendirik ya ampuuun malas yang amat huhuhu

Lagi lagi dengan keadaan sekarang yang kerja tak menentu sangat.. Kekadang kena pergi outstation within short notice memang tak ler nak buka blog pastu buat sesi luahan perasaan kaaan.. Minggu lepas baru je balik dari kolumpo lepas berkampung kat sana seminggu demi Pesona Terengganu.. Ko tengok gigih tak bekerja sampai seminggu duduk berumah kat quality hotel huehue.. Tapi takpe roti canai dengan mini croissantnya sedap hahahaha selama 6 hari duduk hadap mende tu aje tetiap pagi.. Sekarang pulak tengah bawak sikecik dalam perot lagi ler sedap makan apa pun nampak sedap :p

Oh ya disebabkan dah berkurun tak hapdate blog maka terlepaslah nak story macam-macam menda like eh tetiba dah pregnant pastu tetiba pulak dah dapat kunci nak membayor loan rumah pastu tetiba lagi dah dapat surat confirmation jawatan.. Alhamdulillah atas semua rezeki melimpah ruah dari Allah swt yang tiada bandingnya.. Syukur sangat setelah selama ini bersesak napas berpusing ligat berpinar biji mata untuk keselesaan hidup, harini dah mampu nak tersenyum walopon bebanan kerja tak pernah surut tapi tu semua rezeki dariNya yang aku terima dengan penuh berlapang dada..


Fuh!
Habis satu harakat menulis..
Tang cerita pregnancy journey, rumah sebijik, jawatan tu nanti lah eh cerita bila ku bebetul ada kelapangan..
Sekarang masa yang ada boleh hapdate seco'et ni aje kekekeke..
Yang lain nanti kita cite k :p
Berdoalah supaya penulis belog ini kembali seperti zaman muda remaja dulu yang sanggup tak tidor malam semata nak hapdate story baru..
Muaaah!